DARI ENGINEER KE PENERBIT BUKU

Itulah diri aku sekarang ini. Setelah hampir 7 tahun aku melibatkan diri dalam kerja-kerja pembinaan (sebagai jurutera sivil), kini aku bersama-sama rakan kongsi membuka syarikat penerbitan buku MUST READ SDN BHD. Alhamdulillah, kami mula aktif menerbitkan buku-buku berbentuk umum pada bulan Mei 2008 dan sehingga kini kami telah menerbitkan sebanyak 11 buah buku.

Ramai kawan2 tanya ada beza ke masa kau jadi engineer ngan keje sekarang?..wooii banyak sangat bezanya. Rutin aku dah berbeza. kalau dulu aku sibuk kat tapak pembinaan dan hampir kebanyakan masa aku terpaksa berjemur dan kadangkala berhujan terutamanya masa memeriksa besi-besi tetulang sebelum kerja2 konkrit dijalankan. Kerap kali juga aku naik darah dengan karenah pekerja2 Indon dan Bangladesh bila aku suruh buat lain, lain yang dibuat.hee..hee

Tapi yang paling best, bila kena smash dalam meeting. Kerapkali kerja yang dirancang tak dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan..Jadi kena label 'Janji Kontraktor' heee..hee tapi secara jujurnya aku memang menyukai 'dunia Construction' nie..

Berbalik pada bidang penerbitan buku nie..ada beberapa rutin yang perlu dilalui oleh penerbit buku yang kebanyakan kerja dilakukan sendiri macam aku nie..Berikut adalah rutin aku bila bergelar penerbit buku:

1. Menilai manuskrip yang dihantar kepada kami. Aku perlu menilai samada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan oleh kami. Kalau sesuai, aku akan bagi pada editor untuk menyemak kesalahan pada ejaan dan tatabahasa. kemudian selepas di edit, aku akan bagi pada DTP artis kami untuk merekabentuk susunatur buku tersebut.

Selepas semua proses diatas dah diselesaikan, aku akan bawa design softcopy bagi buku tersebut ke kedai bagi membuat 'plate'. Di sini kami menggunakan proses CTP (Computer to Plate). lepas siap platenya, kami akan hantar ke kilang untuk di cetak. Itu adalah serba ringkas karier aku dalam bidang penerbitan buku nie. Sesuatu yang baru dan menyeronokkan serta masih banyak untuk proses pembelajaran..

2. Mencari penulis untuk diterbitkan buku mereka. Apa yang kami lakukan adalah dengan mengiklankan. Selain mengiklankan dalam blog, kami juga mengiklankan dalam majalah. Masalah juga nak cari penulis kat malaysia nie, mungkin masyarakat Malaysia masih belum membudayakan amalan membaca, jadi bila kurangnya rakyat Malaysia yang membaca, maka kuranglah mereka2 yang boleh menulis. (itu pendapat akulah, mungkin korang tak bersetuju hee..hee)

3. memerangkap salesman dan juga storekeeper..kena budget dulu sekarang nie, jadi kena buat semua kerja. Jadi salesman nie ada lemah sikit, tapi kena buat juga dan alhamdulillah aku mampu melakukannya. Selepas dapat order, selanjutnya aku kena packing dan hantar kepada pelanggan semula. Kalau luar dari Kuala Lumpur, kami gunakan perkhidmatan transporter dan kalau sekitar Kl dan sewaktunya, terpaksalah kena hantar sendiri...hee..hee

Buku tempahan pelanggan sebelum di masukkan dalam kotak

4. Kutip hutang (jadi macam ah long) pulak..Kerja yang sungguh merumitkan dan melecehkan. Bila hantar buku baru, kebanyakkan pekedai senyum jer dan dialog biasa "Buku baru ker? bagus2". "Nanti ada buku baru hantar lagi kat sini". Tapi bila nak kutip bayaran, alamak susah betul, ada sahaja alasan mereka. hee..hee. Tapi yang aku belajar disini ialah jualan yang tinggi belum tentu akan mendapat bayaran yang tinggi. Jadi, kalau nak jual sesuatu barangan secara sistem kredit nie, biarlah berpada2. Biarlah jualan tak banyak, tetapi pekedai membuat pesanan ulangan. Ini boleh menjamin kita mendapat bayaran apabila menghantar pesanan mereka yang berikutnya.

Itulah serba sedikit cerita mengenai rutin aku bila 'MENTRANSFORMKAN' diri dari seorang Jurutera ke Penerbit Buku.

BERITA BAIK, aku masih mempelawa kepada sesiapa yang mempunyai manuskrip yang baik, hantarkan kepada saya. InsyaAllah, jika manuskrip itu diterima, tempoh masa untuk diterbitkan tidak akan lebih dari 2 bulan. Itu JANJI yang aku boleh berikan. Jadi apa tunggu lagi, REBUTlah peluang ini.

# Ada orang tanya lagi, dah ada bisnis sendiri kenapa perlu join Ceramic? Jawapan aku senang je..Ceramic nie untuk income pasif aku je..nak tahu lebih lanjut...klik je banner kat bawah nie..

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN



JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN BUKU


PELANCARAN BUKU
MURTAD : JANGAN PANDANG SEBELAH MATA

PENULIS : ANN WAN SENG
PELANCARAN OLEH : DATO' SERI HJ HARUSSANI B HJ ZAKARIA (MUFTI PERAK)
TEMPAT : PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC ( RUANG LEGAR)
TARIKH : 21HB APRIL 2009 (SELASA)
JAM : 9.45 PAGI

ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR



# Ada orang tanya lagi, dah ada bisnis sendiri kenapa perlu join Ceramic? Jawapan aku senang je..Ceramic nie untuk income pasif aku je..nak tahu lebih lanjut...klik je banner kat bawah nie..

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN

AKAN TERBIT DARI PENULIS BESTSELLER 'ANN WAN SENG'



TAJUK : MURTAD : JANGAN PANDANG SEBELAH MATA
PENULIS : ANN WAN SENG
ISBN : 978-983-44519-1-2
HALAMAN : 192 m/s
HARGA : RM 21.90

Siapa itu Ann Wan Seng?
-Beliau adalah Penerima Anugerah Tokoh Maal hijrah peringkat Negeri Selangor 1430H/2009.
-Penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008

Beliau lahir pada tahun 1968 merupakan anak jati Klang. Memeluk agama Islam pada tahun 1996. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pengerusi PERKIM Cawangan Putra Wilayah persekutuan, AJK Perkim Wilayah Persekutuan, Bekas tenaga pengajar di Jabatan Antrapologi dan Sisiologi UM. Beliau telah menulis lebih dari 30 buah buku dan pernah menjadi penulis di kolumnis Harakah, Mingguan Waktu, Media Islam, Mingguan Kota, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Kosmik, Sarina, Majalah I, Minda, Tamadun dan banyak lagi.

Apa Istimewanya buku ini?

Istimewanya buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru. Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa? Semuanya boleh terjawab dengan mendapatkan naskah ini.

MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.

Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat islam di malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tiba lagi. Pesta Buku Antarabangsa ini adalah salah satu acara yang di organisasikan oleh Kementerian pendidikan dan merupakan acara utama bagi industri buku di Malaysia. Butirannya adalah seperti di bawah:

Tarikh : 17th - 26hb April 2009
Isnin - Khamis : 10.00AM to 7.00PM
Jumaat - Ahad & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

Mari semua kita meramaikan Pesta Buku ini dan dapatkan diskaun yang menarik disana.

Pada tahun ini Must Read Sdn Bhd tidak mengambil Booth dan InsyaAllah pada tahun hadapan kami akan mengambil bahagian. Walaubagaimanapun, buku-buku Must Read Sdn Bhd boleh di dapati di Booth Galeri Ilmu, Pustaka Yamien dan juga Sarjana Media. Simpan gaji anda untuk Pesta Buku tersebut.

Amalkan tabiat suka membaca, Satu Minggu Satu Buku. InsyaAllah kita akan menjadi masyarakat berilmu.

Lawati laman web rasmi klbookfair untuk maklumat lanjut.

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

HARTA PUSAKA RM 42 BILION BELUM DITUNTUT

KUALA LUMPUR 1 April - Sejumlah RM42 bilion wang tunai dan aset milik individu yang telah meninggal dunia kini masih dalam simpanan Amanah Raya Berhad kerana tidak dituntut oleh waris-waris mereka.

Daripada jumlah itu, RM41 bilion mewakili aset dalam bentuk geran tanah, rumah, bangunan serta saham syarikat dan selebihnya wang tunai.

Pengurus Besar As-Salihin Trustee Berhad (As-Salihin), Jasmin Jamaluddin berkata, wang tunai dan aset itu masih dibekukan sehingga kini kerana tiada waris tampil menuntut hak mereka.

Dalam kes harta orang Islam, katanya, pembekuan harta itu berlaku kerana kebanyakan umat Islam masih kurang berpengetahuan mengenai perancangan dan penulisan wasiat kepada waris.

''Memang betul harta boleh dibahagikan kepada waris menggunakan hukum faraid yang telah ditetapkan oleh Islam.

''Namun, urusan wasiat akan lebih terancang jika individu tersebut menulis wasiat dan tidak timbul pembekuan wang tunai atau aset si mati yang disimpan di dalam bank," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Jasmin berkata, hanya 1,000 orang membuat penulisan wasiat harta atau syarikat kepada As-Salihin sepanjang tahun lalu.

Katanya, masalah timbul jika seseorang individu tidak sempat menulis wasiat dan urusan pembahagian harta lebih rumit jika pewaris tidak mengetahui si mati mempunyai wang tunai atau aset di mana-mana bank. [sumber]
Bila aku baca artikel di atas, rasanya syarikat kami telah menunaikan tanggungjawab dalam menerbitkan buku-buku yang berkaitan dengan faraid. Semasa mula-mula aku mendapat manuskrip dari penulis, aku begitu tertarik dan mengharapkan dapat menyebarkan ilmu mengenai Faraid kepada pembaca . Ini kerana jika kita mengetahui mengenai ilmu faraid, kita belajar serta mengamalkannya, nescaya kita semua boleh mengelakkan dan menyelamatkan diri daripada malapetaka serta fitnah harta.

Harta Pusaka yang bernilai RM 42 Bilion yang belum di tuntut adalah salah satu malapetaka yang menimpa umat islam yang jahil akan hukum ilmu faraid. Bayangkan waris-waris yang sepatutnya layak dan berhak ke atas harta yang ditinggalkan oleh si mati terpaksa berputih mata kerana kurangnya kita mengetahui ilmu faraid.

Kepada pembaca yang ingin mengetahui mengenai ilmu faraid, dapatkan 3 siri buku terbitan syarikat kami yang di tulis oleh Ust Md Ghazali B Ibrahim iaitu:
1. Bahagi Biar adil
2. Urus harta Sebelum Mati
3. Nota Wasiat

Sayangi keluarga serta waris yang anda tinggalkan. Jangan biarkan peristiwa di atas berlaku kepada ANDA.



PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

NOTA WASIAT


TAJUK : NOTA WASIAT


PENULIS : MD GHAZALI IBRAHIM


ISBN : 978-983-44519-0-5


M/SURAT : 91 M/S


HARGA : SEM MALAYSIA RM 15.90


SABAH & SARAWAK RM 18.90


SINOPSIS:

Membuat Surat wasiat adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan Bagaimana? Buku ini akan menerangkan apakah definisi wasiat dan surat wasiat juga menerangkan fungsi wasiat dan kaedah menulis wasiat. Selain itu, buku ini juga menyertakan draf Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, draf Surat Pengisytiharan Hibah dan draf Pengisytiharan Harta Sepencarian bagi rujukan anda.

InsyaAllah dengan sedikit pelaburan membeli buku ini bakal menyelamatkan waris-waris anda dan juga memastikan harta beratus ribu ringgit yang bakal anda tinggalkan akan diterima oleh waris anda.

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

KAHWIN HUTANG PUNCA CERAI??

sumber: Utusan Malaysia 4 Mac 2009

Zaman sekarang ni, kalau yang baru bekerja dan dapat pulak tekanan dari pihak keluarga, tak dapat tidak, terpaksa berkahwin dengan duit pinjam. Maklumlah faktor masa tak memihak, kalau nak tunggu duit belanja cukup 10K, berjanggut la pun tak kahwin lagi.

Dari berlarutan menghampiri maksiat, dah jadi wajib pulak berkahwin. Nak kahwin punya pasal, terpaksa la bergolok-bergadai (jika ada harta ttthehe) dan paling senangnya hutang kredit kad, pinjaman peribadi kat bank atau yg paling bahayanyer pinjam along. Kalau ikut artikalnya ni, pinjaman untuk belanja kahwin yang berasaskan riba mungkin juga memberi kesan pada kebahagian rumahtangga di kemudian hari.

Hem.. yang mana nak berkahwin tu, kena usaha lebih sikitlah. Buat Multiple Income bersedia untuk berkahwin. Nak harap kerja kilang atau gomen sahaja, mana cukup utk kumpul duit dengan cepat. Disarankan ikut nasihat Mufti , jangan berhutang dan berbelanja ikut kemampuan. Jadi bersedia dan merancanglah dari sekarang.

Antara Multiple Income yang boleh dibuat ialah dengan join CBC. nak tahu lebih lanjut, jangan malau jangan segan untuk klik banner di bawah. Kalau ada apa2 masalah boleh tanya pada saya. InsyaAllah saya cuba membantu..
# sumber dari sifu

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

Buku Harga RM 2.00 di MPH Warehouse Sale

MPH akan mengadakan Jualan Penghabisan stok (MPH Warehouse Sale)bagi buku2 tempatan dan buku2 import serta jualan peralatan alat tulis. Butiran adalah seperti berikut:

Tema : MPH Warehouse Sale

Tempat : Mayang Plaza, No 1 Jalan SS26/2, Taman Mayang Jaya, 47301 PJ

Tarikh : 14hb Mac - 22hb Mac 2009

Masa : 9.30 pagi - 7.00 malam

# Pihak kami telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Dapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi setiap buku2 terbitan MUST READ SDN BHD. MPH juga ada mengadakan jualan buku2 terpilih dengan harga istimewa serendah RM 2.00.

# Kepada semua peminat2 dan pembaca buku serta ulat2 buku. Mari ramai2 memeriahkan 'MPH Warehouse Sale' dan nikmati potongan harga yang amat2 istimewa ini.

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

Bertemu Orang Kuat Aman Palestin

Hari nie aku bertemu dengan orang kuat dari Pertubuhan NGO Aman Palestin Berhad. Pn Hjh Hashimah Salleh (salah seorang Ahli Lembaga Pengarah). Aku berjumpa dirumahnya kerana menghantar buku terbitan kami 'Baitul Maqdis-Kesucian yang di Pertahankan' yang dibelinya sebanyak 100 naskah.

Layanan kak Hasimah sungguh baik terhadap kami, (aku dan partner). Perjumpaan hampir 2 jam tak terasa oleh kami walaupun pada asalnya tujuan kami ke sana hanyalah untuk menghantar buku pesanannya.

Banyak kisah2 pengalaman Kak Shimah yang diceritakan kepada kami sepanjang terlibat secara langsung dengan pertubuhan Aman palestin ini. (sekarang tak sempat nak cerita)
Tapi aku berdoa, agar kami dapat menerbitkan buku mengenai kisah kak shima dalam usahanya membantu saudara seagama islam kita di Palestin. InsyaAllah.

Aku juga berdoa agar hasrat ,segala usaha Kak Shima dan semua ahli Aman Palestin akan diberkati oleh-Nya. Aminn.

# Sesiapa yang berminat untuk membantu Rakyat palestin bolehlah menyalurkan bantuan wang ringgit anda ke dalam akaun berikut:
1. Aman palestin Berhad
12029010047880 ( Bank islam malaysia Berhad)

2. 562263010787 (maybank malaysia Berhad)

dari penjelasan yang diberikan oleh kak Shima, bantuan wang ringgit ini akan di salurkan terus kepada Pertubuhan Hamas dan bukannya Kerajaan Al-fatah pimpinan Mahmod Abas.

URUS HARTA SEBELUM MATI

Buku baru bulan Januari 2009


TAJUK : URUS HARTA SEBELUM MATI


PENULIS : MD GHAZALI IBRAHIM


ISBN : 978-983-43575-8-0


M/SURAT : 140


HARGA : SEM MALAYSIA RM 20.00


SABAH & SARAAK RM 23.00


SINOPSIS:

Pada masa kini terlalu ramai Umat Islam di malaysia yang mengalami masalah berkaitan dengan Harta Pusaka. Mengikut sumber, terdapat hampir 38 Billion nilaian Harta Pusaka Umat Islam yang masih dibekukan dan tidak dapat di agihkan kepada waris-waris yang berhak menerimanya. Kenapa ini terjadi? Jawapannya adalah kerana ramai umat Islam yang Jahil mengenai Ilmu faraid.

Buku ini memberi panduan dan asas kepada Umat Islam mengenai:

1. Bagaimana Kaedah Merancang Harta Pusaka Mengikut Ilmu Faraid

2. Bagaimana Waris si mati untuk Menguruskan Harta Pusaka Peninggalan.

Di selitkan juga kisah benar yang berlaku akibat tidak merancang dan mengurus harta pusaka buat iktibar dan pengajaran serta contoh-contoh Pembahagian Harta Pusaka. Juga Fatwa yang dikeluarkan berkaitan dengannya.




PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

SELAMAT HARI JADI ANAKKU


SELAMAT HARI JADI KE-4 TAHUN ALYA NABILAH. Sebenarnya hari jadi anak no 2 nie dah terlepas. Sepatutnya pada 18hb Januari 2009. Tetapi kerana pada masa dan ketika itu aku berada di Kelantan, terpaksalah ditunda sambutannya.

Tiada acara besar-besaran pun, cuma kek yang kami belikan untuk anak kesayangan kami nie. Nak sangat anak aku nie potong kek. Biasalah, kalau sebut hari jadi tak potong kek, tak sahlah.

Selamat hari jadi ke 4 tahun anakku. Semoga menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan diakhirat. Ayah dan Ibu akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anak2. Amin.


PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

AKTIVITI PETANG HUJUNG MINGGU YANG MENJIMATKAN



align="justify">
Ini aktiviti petang aku pada setiap hari minggu ataupun cuti umum. Berbasikal bersama-sama dengan anak-anak kesayanganku. Aktiviti petang yang amat menjimatkan. Bawa sebotol air oren sudah mencukupi bagiku untuk menghabiskan masa berharga dengan anak2. Kadang2 aja kalau ada motor lalu jual ais krim, kena 'pau'lah. Biasalah budak2, pantang kalau motor jual ais krim mesti suruh beli.

align="justify">
Biasanya aktiviti berbasikal kami hanya mengelilingi taman perumahan dan pergi ke taman permainan. Selalunya kami akan berhenti di taman permainan dan anak2 aku akan bermain di 'children playground' yang disediakan. Selalunya aktiviti kami bermula jam 5.45 dan pulang jam 6.45 petang.

Anak aku yang sulung Adam Muqri dan yang kedua Alya Nabillah, aku tak kisah sangat. Sebab keduanya dah pandai bawa basikal sendiri walaupun beroda tiga. Tetapi yang kecil tu Alya Nazurah, walaupun baru berumur 1 tahun 4 bulan, tetapi kalau dah naik basikal tak mahu turun. hee..heee tapi aku seronok sebab kalau aku bawa basikal laju @ turun bukit dan angin terkena mukanya, mesti dia tergelak..


Gambar di atas adalah salah satu kegiatan anak sulung aku. Bermain 'Putting' atas 'Green' yang disediakan oleh atuknya. Tapi yang bagusnya, anak aku akan bermain dan mengemas semula selepas puas bermain. Jadi tak penatlah aku nak mengemas semula bola2 yang bertaburan tu.

Jadi ini adalah beberapa aktiviti petang aku yang menjimatkan bagi setiap hujung minggu dan cuti umum. Aktiviti petang bersama-sama anak2 ini sememangnya menjadi rutin aku. Sebab aku percaya kebahagian dan kejayaan keluarga adalah banyak dipengaruhi atas kejayaan anak2. Meluangkan masa bersama mereka menjadikan suasana keluarga akan sentiasa ceria dan bahagia. InsyaAllah. Apa2 pun setiap niat mestilah Kerana Allah Taala.

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI


SANTAI DI PANTAI AIR PAPAN MERSING

"Jom balik kampung?"kataku kepada isteriku
"Jom" balas isteriku.
"Dah lama tak balik" sambung isteriku semula

Balik kampung, merujuk kepada kampungku di Mersing. Dah lama tak balik. Kami pun bersiap berkemas dan bertolak ke Mersing pada hari Sabtu 24hb Janusri 2009 jam 3.15 petang.

Perjalanan balik Mersing pada kali ini kurasakan paling lama. Aku mengambil masa hampir 1 jam 15 minit untuk sampai ke Kota Tinggi dari rumahku di Skudai. Terdapat kesesakan jalanraya di beberapa tempat yang membataskan kelajuan kereta yang ku pandu. Tetapi tak apa, janji semua keluarga aku selamat tiba di kampung. Lebih kurang jam 6.00 petang baru kami semua sampai di kampung Mersing. Yang menyambut kami disana hanyalah ibuku, adik ku dan nenek yang telah uzur.

Keesokan harinya, anak2 ku dah tak sabar nak pergi ke Pantai Air Papan seperti yang telah kujanjikan semasa perjalanan balik ke Mersing semalam. Anak2 aku begitu teruja untuk bermain pasir dan mandi di laut. Walaupun aku sedar musim tengkujuh masih belum habis dan keadaan laut masih keruh dan bergelora tetapi kami bergerak juga ke Pantai.

Setibanya kami disana, terdapat banyak kenderaan dan orang ramai disana. Ini memang sudah kuduga memandangkan Pantai Air Papan merupakan kawasan tumpuan pengunjung dari sekitar Johor dan Singapura. Chalet2 yang terdapat di sana semuanya kulihat penuh dengan pengunjung.

Selesai sahaja aku paring kereta dan mematikan kereta, anak2 aku dah tak sabar nak pakai baju mandi. Tetapi perasaan aku tak berapa sedap kerana keadaan cuaca yang mendung seakan2 menunggu masa sahaja untuk turun. Tatapi sebab anak2 aku dah tak sabar, aku segera menukarkan baju mandinya dan memebawa mereka ke gigi air.

anak aku adam muqri dan alya nabilla


anakku alya nazurah seronok bermain di pantai

15 minit kami bermain di pantai, hujan mulai turun. Aku apa lagi ajak anak2 ku naik semula ke kereta. Semua muka merajuk aja. Tapi mereka semua paham sebab hujan turun. Ramai juga orang ramai yang berada di dalam air mulai bergegas ke darat.

Setelah sampai di kereta dan menyalin semula pakaian mandi, hujan semakin lebat. "Kalau petang ni tak hujan, kita pergi balik kat laut ni" ujarku kepada anak2 ku. "Janji ye ayah" balas anakku. "Janji" balasku semula.

Tetapi keadaan mendung dan hujan sesekali menyebabkan hasratku untuk membawa semula anak2 ku ke Pantai Air Papan terbantut. Tapi anak2 ku tak marah sebab mereka dah faham. Lagipun cuaca pada hari iatu memang tak berapa baik. Keadaan mendung sahaja.

Kami tak lama di Mersing, sebab jam 6.30 ptg kami dah dalam perjalanan balik semula ke Johor Bahru. Ini kerana orang rumah ku kena 'On Call' pada hari Isnin. Itulah salah satu pengorbanan berkahwin dengan seorang yang profesionnya Doktor. Mereka ini terikat dengan kerja2 hakiki. dan kerja atas panggilan 'On Call' memang dah menjadi lumrah bagi insan bernama Doktor.

Apa2 pun balik kampung kali ini semuanya macam biasa. Cuma hasrat anak aku nak mandi kat Pantai Air Papan tak kesampaian. Kalau hari tak hujan, memang susah nak panggil balik naik ke darat. Hee..hee Tetapi semestinya kebahagian anak2 adalah kebahagian kami sekeluarga.


PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

25 SERUAN AYAT AL-QURAN BUAT ORANG BERIMAN

Buku Baru Bulan Januari 2009





















Sinopsis buku:

HARGA : SEM MALAYSIA RM 20.00
SABAH & SARAWAK RM 23.00
ISBN : 978-983-43575-7-3
HALAMAN : 130 MS

Kita sering membaca dan mendengar bacaan al-quran, tetapi kita sering juga melupakan peringatan Allah yang terkandung di dalamnya. Terlalu banyak peringatan Allah yang terdapat di dalam al-quran kepada hamba-hambanya.

25 SERUAN AYAT AL-QURAN BUAT ORANG BERIMAN adalah sebahagian daripada ayat-ayat di dalam Al-Quran yang bermula dengan seruan "Wahai orang-orang yang Beriman". Seruan-seruan ini merangkumi dari segala aspek seperti sembahyang, puasa, makan minum, ikhlas, riba dan sebagainya.

Buku ini akan membongkar apakah maksud di sebalik seruan yang Allah turunkan kepada hamba-Hambanya. Semoga ia akan menjadi panduan kepada kita dan seterusnya dapat dipraktikkan dalam diri dan keluarga.

..........................................................................................................................................................................
Yang Akan Menjadi Side Income Saya. Sertai Saya. Klik Banner Di bawah

AKU KE UDARA DI MALAYSIA HARI INI (MHI) TV3

Hari nie hari yang bersejarah bagiku. Aku dijemput sebagai tetamu Malaysia Hari Ini di TV3. Jam 6.45 pagi Aku telah bergerak dari ofis di Wangsa Melawati ke Bangunan TV3 di Sri Pentas. Ini kerana pihak MHI memaklumkan kepada Aku akan ke udara pada jam 7.15 pagi. Alhamdulillah semuanya selamat.

Hee..hee sebenarnya "AKU" yang dimaksudkan adalah syarikat kami Must Read Sdn Bhd dan bukannya aku sendiri. Pihak MHI TV3 telah menjemput bukannya kami, tetapi penulis kami. Hj Mohd Hanif B Hj Ismail sebagai tetamu MHI untuk membincangkan isu semasa mengenai Palestin. Buku beliau yang kami terbitkan berjudul 'BAITUL MAQDIS - KESUCIAN YANG DIPERTAHANKAN' telah dipilih untuk mengisi slot berkaitan isu di Palestin. Tujuan kami datang ke TV3 adalah untuk membawa penulis kami ke studio disana kerana beliau tidak arif untuk datang seorang diri. Jadi kami datang untuk menemaninya. Minta maaf banyak2 dan jangan marah dengan tajuk diatas.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan penulis kami ke udara lebih kurang 20 minit membincangkan isu tersebut yang dihoskan oleh Ahmad fedtri Yahya. Terima kasih kepada pihak TV3 dan MHI kerana memberikan kepercayaan kepada kami.

Ini memberikan semangat dan dorongan kepada kami untuk menerbitkan buku2 yang berkualiti dan memberikan info kepada pembaca. InsyaAllah.

http://kaharhamid.blogspot.com/2009/01/promosi-20-buku-baitul-maqdis.html


.....................................................................................
Yang Akan Menjadi Side Income Saya. Sertai Saya. Klik Banner Di bawah











BANTU PALESTIN MARI MENDERMA : "NSTP Fund for Gaza"

Sebahagian jemaah menunaikan solat jenazah mangsa yang terbunuh dalam serangan ke atas sekolah PBB di kem pelarian Jabaliya, utara Genting Gaza, semalam. - Reuters
Sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htmanggota keluarga meratapi kehilangan pelajar yang menjadi korban dalam serangan udara tentera Israel ke atas sebuah sekolah kendalian PBB di kem pelarian Jabaliya, utara Gaza City, semalam.
- Reuters

Sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Melihat dan membaca petikan akhbar bagi dua gambar di atas dan gambar2 serta berita yang berkaitan menimbulkan perasaan bercampur gaul dalam hatiku. MARAH, GERAM, SAKIT HATI pada tentera Yahudi Laknat dan perasaan SEDIH, KASIHAN dan SIMPATI pada rakyat Palestin yang menjadi mangsa KEKEJAMAN ISRAEL. SEDIH kerana umat yang tertindas dan menjadi mangsa itu adalah saudara Islam kita. KASIHAN atas kesusahan dan penderitaan yang mereka alami. SIMPATI kepada mereka yang kehilangan ibu, bapa, adik beradik, saudara mara, kawan yang meninggal akibat serangan tentera jahat Yahudi.

Apa sumbangan kita kawan2? Apa tindakan kita dalam usaha untuk membantu saudara Islam kita di sana? Kita mungkin tak mampu untuk menolong mereka dengan fizikal kita TETAPI kita mungkin mampu menolong mereka dari sumbangan ikhlas. MARILAH menderma untuk PALESTIN dan SAUDARA ISLAM kita. Sumbanglah kepada "NSTP FUND FOR GAZA". Sumbangan anda boleh dihantar sebelum 7hb Februari 2009.


Caranya :

- Bank in or transfer money to Maybank account number 514105-320501 under the name "NSTP Fund for Gaza"; [Klik ke Maybank2U]

- Write cheques made payable to The New Straits Times Press (M) Bhd with the words "Fund for Gaza" written on the reverse side and send to NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur; or

- Make cash donations to the cashier at NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur or any of the NSTP branch offices nationwide.
sumber :http://nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/2446054/Article/index_html

Ayuh!!Mari ikut saya menderma:Sabda Rasullullah saw : "Apabila meninggal dunia anak Adam, maka akan terputuslah segala pahala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang sentiasa mendoakannya" (Riwayat Bukhari dan Nasai)

Oleh itu marilah bersama2 kita bersedekah dan beramal jariah dengan membantu saudara Islam kita di Palestine. Semoga Allah swt memberkati Usaha kita. Allahuakhbar. Allahuakhbar..Allahuakhbar..


.....................................................................................
Yang Akan Menjadi Side Income Saya. Sertai Saya. Klik Banner Di bawah








PROMOSI 20% BUKU BAITUL MAQDIS

Hari ini sudah masuk hari ke 13, tentera kejam Israel melancarkan serangan dari Udara, Laut dan darat. Serangan membabi buta ini telah memusnahkan rumah, masjid, Hospital dan menyebabkan kematian kanak2 dan orang dewasa. Krisis ubat-ubatan, makanan, bekalan air bersih dan bekalan elektrik kini menjadi genting.

Serangan Yahudi Laknat ini kepada Umat islam di Palestin adalah suatu perbuatan yang keji dan tidak berperikemanusiaan. Kita sebagai Umat islam haruslah membantu kepada saudara Islam kita di Palestin samada secara fizikal, harta benda, wang ringgit dan berdoa kepada Allah akan kesejahteraan Umat Islam di palestin.

TETAPI TAHUKAH KITA kenapa Baitul maqdis perlu di pertahankan oleh Umat Islam? dan kenapa Israel terlalu rakus untuk menakluk Palestin dan Baitul Maqdis? dan Bagaimana pula kisah sejarah penjajahan dan pemerintahan yang berlaku di bumi bernama BAITUL MAQDIS?

Semunya boleh anda dapati dalam Buku kami bertajuk : BAITUL MAQDIS : KESUCIAN YANG DI PERTAHANKAN. Buku ini mengutarakan sejarah ringkas Baitul Maqdis dan Palestin serta gambaran umum tetapi menyeluruh tentang keistimewaan Baitul Maqdis yang akhirnya akan membangkitkan rasa cinta terhadap tanah suci ke tiga Umat Islam.

Pihak Must Read Sdn Bhd menawarkan potongan harga 20% bagi buku ini.


Tajuk : BAITUL MAQDIS : KESUCIAN YANG DI PERTAHANKAN
Harga : RM 25.00
ISBN : 978-983-43575-6-6
Harga Promosi : RM 20.00
Pos Ekspress : RM 4.00
JUMLAH : RM 24.00

Untuk Membeli Buku Ini :
HANYA RM 24.00 (TERMASUK BAYARAN POS EKSPRES)
Hantar Wang Pos/ Kiriman Wang/ Cek ke Alamat:

Must Read Sdn Bhd
No 35 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-4142 0611 Fax : 03-4142 0612
Email : mustread_sb@yahoo.com
@
Masukkan Duit ke akaun CIMB 1438 0005363 05 8
dan Fax/ email slip kepada kami.

*Semoga dengan memiliki dan membaca buku ini dapat menaikkan semangat kita sebagai Umat Islam untuk sama2 membantu saudara Islam kita di Palestine bagi mempertahankan Baitul Maqdis dari tangan Israel Yahudi yang di Laknat..Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar


.....................................................................................
Yang Akan Menjadi Side Income Saya. Sertai Saya. Klik Banner Di bawah






Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates