DARI ENGINEER KE PENERBIT BUKU

Itulah diri aku sekarang ini. Setelah hampir 7 tahun aku melibatkan diri dalam kerja-kerja pembinaan (sebagai jurutera sivil), kini aku bersama-sama rakan kongsi membuka syarikat penerbitan buku MUST READ SDN BHD. Alhamdulillah, kami mula aktif menerbitkan buku-buku berbentuk umum pada bulan Mei 2008 dan sehingga kini kami telah menerbitkan sebanyak 11 buah buku.

Ramai kawan2 tanya ada beza ke masa kau jadi engineer ngan keje sekarang?..wooii banyak sangat bezanya. Rutin aku dah berbeza. kalau dulu aku sibuk kat tapak pembinaan dan hampir kebanyakan masa aku terpaksa berjemur dan kadangkala berhujan terutamanya masa memeriksa besi-besi tetulang sebelum kerja2 konkrit dijalankan. Kerap kali juga aku naik darah dengan karenah pekerja2 Indon dan Bangladesh bila aku suruh buat lain, lain yang dibuat.hee..hee

Tapi yang paling best, bila kena smash dalam meeting. Kerapkali kerja yang dirancang tak dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan..Jadi kena label 'Janji Kontraktor' heee..hee tapi secara jujurnya aku memang menyukai 'dunia Construction' nie..

Berbalik pada bidang penerbitan buku nie..ada beberapa rutin yang perlu dilalui oleh penerbit buku yang kebanyakan kerja dilakukan sendiri macam aku nie..Berikut adalah rutin aku bila bergelar penerbit buku:

1. Menilai manuskrip yang dihantar kepada kami. Aku perlu menilai samada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan oleh kami. Kalau sesuai, aku akan bagi pada editor untuk menyemak kesalahan pada ejaan dan tatabahasa. kemudian selepas di edit, aku akan bagi pada DTP artis kami untuk merekabentuk susunatur buku tersebut.

Selepas semua proses diatas dah diselesaikan, aku akan bawa design softcopy bagi buku tersebut ke kedai bagi membuat 'plate'. Di sini kami menggunakan proses CTP (Computer to Plate). lepas siap platenya, kami akan hantar ke kilang untuk di cetak. Itu adalah serba ringkas karier aku dalam bidang penerbitan buku nie. Sesuatu yang baru dan menyeronokkan serta masih banyak untuk proses pembelajaran..

2. Mencari penulis untuk diterbitkan buku mereka. Apa yang kami lakukan adalah dengan mengiklankan. Selain mengiklankan dalam blog, kami juga mengiklankan dalam majalah. Masalah juga nak cari penulis kat malaysia nie, mungkin masyarakat Malaysia masih belum membudayakan amalan membaca, jadi bila kurangnya rakyat Malaysia yang membaca, maka kuranglah mereka2 yang boleh menulis. (itu pendapat akulah, mungkin korang tak bersetuju hee..hee)

3. memerangkap salesman dan juga storekeeper..kena budget dulu sekarang nie, jadi kena buat semua kerja. Jadi salesman nie ada lemah sikit, tapi kena buat juga dan alhamdulillah aku mampu melakukannya. Selepas dapat order, selanjutnya aku kena packing dan hantar kepada pelanggan semula. Kalau luar dari Kuala Lumpur, kami gunakan perkhidmatan transporter dan kalau sekitar Kl dan sewaktunya, terpaksalah kena hantar sendiri...hee..hee

Buku tempahan pelanggan sebelum di masukkan dalam kotak

4. Kutip hutang (jadi macam ah long) pulak..Kerja yang sungguh merumitkan dan melecehkan. Bila hantar buku baru, kebanyakkan pekedai senyum jer dan dialog biasa "Buku baru ker? bagus2". "Nanti ada buku baru hantar lagi kat sini". Tapi bila nak kutip bayaran, alamak susah betul, ada sahaja alasan mereka. hee..hee. Tapi yang aku belajar disini ialah jualan yang tinggi belum tentu akan mendapat bayaran yang tinggi. Jadi, kalau nak jual sesuatu barangan secara sistem kredit nie, biarlah berpada2. Biarlah jualan tak banyak, tetapi pekedai membuat pesanan ulangan. Ini boleh menjamin kita mendapat bayaran apabila menghantar pesanan mereka yang berikutnya.

Itulah serba sedikit cerita mengenai rutin aku bila 'MENTRANSFORMKAN' diri dari seorang Jurutera ke Penerbit Buku.

BERITA BAIK, aku masih mempelawa kepada sesiapa yang mempunyai manuskrip yang baik, hantarkan kepada saya. InsyaAllah, jika manuskrip itu diterima, tempoh masa untuk diterbitkan tidak akan lebih dari 2 bulan. Itu JANJI yang aku boleh berikan. Jadi apa tunggu lagi, REBUTlah peluang ini.

# Ada orang tanya lagi, dah ada bisnis sendiri kenapa perlu join Ceramic? Jawapan aku senang je..Ceramic nie untuk income pasif aku je..nak tahu lebih lanjut...klik je banner kat bawah nie..

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN



5 comments

  1. Anonymous  

    15/4/09 02:09

    Assalamualaikum

    Saya ada bahan berbentuk ilmiah dalam bentuk DVD, boleh ajarkan bagaimana untuk memasarkannya. perlukah mohon kebenaran. bolehkah syarikat tuan menjadi penerbit, pengedar, pencetak.

  2. kaharhamid  

    15/4/09 03:34

    salam,
    saya tak edarkan bahan ilmiyah berbentuk DVD, mungkin pasarannya ada perbezaan sikit. jadi mungkin tak dapat menolong sangat. minta maaf

  3. Anonymous  

    17/4/09 02:24

    bro, bila nak buat 'come back to construction world'? mmg seronok bro... lebih2 lg kalau dpt projek berjuta-juta.. tp pengerasnya mmg 'keras'lahhh. heee..hee..hee..

  4. kaharhamid  

    27/4/09 05:08

    hee..hee

  5. Unknown  

    31/5/09 01:37

    Salam ...

    saya memang suka menulis dan mengarang citer ... tapi kalau nak menulis yang panjang2 nih, mula2 tuh seronok ler ... tapi lama2 hilang mood lak ... bagus ler kalau ada penerbit yang boleh saya hubungi ...

    boleh saya tahu kriteria yang diperlukan untuk menghantar ceritera kepada anda? bebas atau ada kriteria yang tertentu? cerpen boleh tak? kalau novel, berapa minimum patah perkataan?

    terima kasih diatas kerjasama anda.

    Salam,
    Molly



Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates