SANTAI DI PANTAI AIR PAPAN MERSING

"Jom balik kampung?"kataku kepada isteriku
"Jom" balas isteriku.
"Dah lama tak balik" sambung isteriku semula

Balik kampung, merujuk kepada kampungku di Mersing. Dah lama tak balik. Kami pun bersiap berkemas dan bertolak ke Mersing pada hari Sabtu 24hb Janusri 2009 jam 3.15 petang.

Perjalanan balik Mersing pada kali ini kurasakan paling lama. Aku mengambil masa hampir 1 jam 15 minit untuk sampai ke Kota Tinggi dari rumahku di Skudai. Terdapat kesesakan jalanraya di beberapa tempat yang membataskan kelajuan kereta yang ku pandu. Tetapi tak apa, janji semua keluarga aku selamat tiba di kampung. Lebih kurang jam 6.00 petang baru kami semua sampai di kampung Mersing. Yang menyambut kami disana hanyalah ibuku, adik ku dan nenek yang telah uzur.

Keesokan harinya, anak2 ku dah tak sabar nak pergi ke Pantai Air Papan seperti yang telah kujanjikan semasa perjalanan balik ke Mersing semalam. Anak2 aku begitu teruja untuk bermain pasir dan mandi di laut. Walaupun aku sedar musim tengkujuh masih belum habis dan keadaan laut masih keruh dan bergelora tetapi kami bergerak juga ke Pantai.

Setibanya kami disana, terdapat banyak kenderaan dan orang ramai disana. Ini memang sudah kuduga memandangkan Pantai Air Papan merupakan kawasan tumpuan pengunjung dari sekitar Johor dan Singapura. Chalet2 yang terdapat di sana semuanya kulihat penuh dengan pengunjung.

Selesai sahaja aku paring kereta dan mematikan kereta, anak2 aku dah tak sabar nak pakai baju mandi. Tetapi perasaan aku tak berapa sedap kerana keadaan cuaca yang mendung seakan2 menunggu masa sahaja untuk turun. Tatapi sebab anak2 aku dah tak sabar, aku segera menukarkan baju mandinya dan memebawa mereka ke gigi air.

anak aku adam muqri dan alya nabilla


anakku alya nazurah seronok bermain di pantai

15 minit kami bermain di pantai, hujan mulai turun. Aku apa lagi ajak anak2 ku naik semula ke kereta. Semua muka merajuk aja. Tapi mereka semua paham sebab hujan turun. Ramai juga orang ramai yang berada di dalam air mulai bergegas ke darat.

Setelah sampai di kereta dan menyalin semula pakaian mandi, hujan semakin lebat. "Kalau petang ni tak hujan, kita pergi balik kat laut ni" ujarku kepada anak2 ku. "Janji ye ayah" balas anakku. "Janji" balasku semula.

Tetapi keadaan mendung dan hujan sesekali menyebabkan hasratku untuk membawa semula anak2 ku ke Pantai Air Papan terbantut. Tapi anak2 ku tak marah sebab mereka dah faham. Lagipun cuaca pada hari iatu memang tak berapa baik. Keadaan mendung sahaja.

Kami tak lama di Mersing, sebab jam 6.30 ptg kami dah dalam perjalanan balik semula ke Johor Bahru. Ini kerana orang rumah ku kena 'On Call' pada hari Isnin. Itulah salah satu pengorbanan berkahwin dengan seorang yang profesionnya Doktor. Mereka ini terikat dengan kerja2 hakiki. dan kerja atas panggilan 'On Call' memang dah menjadi lumrah bagi insan bernama Doktor.

Apa2 pun balik kampung kali ini semuanya macam biasa. Cuma hasrat anak aku nak mandi kat Pantai Air Papan tak kesampaian. Kalau hari tak hujan, memang susah nak panggil balik naik ke darat. Hee..hee Tetapi semestinya kebahagian anak2 adalah kebahagian kami sekeluarga.


PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

0 comments



Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates