AKTIVITI PETANG HUJUNG MINGGU YANG MENJIMATKAN



align="justify">
Ini aktiviti petang aku pada setiap hari minggu ataupun cuti umum. Berbasikal bersama-sama dengan anak-anak kesayanganku. Aktiviti petang yang amat menjimatkan. Bawa sebotol air oren sudah mencukupi bagiku untuk menghabiskan masa berharga dengan anak2. Kadang2 aja kalau ada motor lalu jual ais krim, kena 'pau'lah. Biasalah budak2, pantang kalau motor jual ais krim mesti suruh beli.

align="justify">
Biasanya aktiviti berbasikal kami hanya mengelilingi taman perumahan dan pergi ke taman permainan. Selalunya kami akan berhenti di taman permainan dan anak2 aku akan bermain di 'children playground' yang disediakan. Selalunya aktiviti kami bermula jam 5.45 dan pulang jam 6.45 petang.

Anak aku yang sulung Adam Muqri dan yang kedua Alya Nabillah, aku tak kisah sangat. Sebab keduanya dah pandai bawa basikal sendiri walaupun beroda tiga. Tetapi yang kecil tu Alya Nazurah, walaupun baru berumur 1 tahun 4 bulan, tetapi kalau dah naik basikal tak mahu turun. hee..heee tapi aku seronok sebab kalau aku bawa basikal laju @ turun bukit dan angin terkena mukanya, mesti dia tergelak..


Gambar di atas adalah salah satu kegiatan anak sulung aku. Bermain 'Putting' atas 'Green' yang disediakan oleh atuknya. Tapi yang bagusnya, anak aku akan bermain dan mengemas semula selepas puas bermain. Jadi tak penatlah aku nak mengemas semula bola2 yang bertaburan tu.

Jadi ini adalah beberapa aktiviti petang aku yang menjimatkan bagi setiap hujung minggu dan cuti umum. Aktiviti petang bersama-sama anak2 ini sememangnya menjadi rutin aku. Sebab aku percaya kebahagian dan kejayaan keluarga adalah banyak dipengaruhi atas kejayaan anak2. Meluangkan masa bersama mereka menjadikan suasana keluarga akan sentiasa ceria dan bahagia. InsyaAllah. Apa2 pun setiap niat mestilah Kerana Allah Taala.

PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI


0 comments



Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates