HARTA PUSAKA RM 42 BILION BELUM DITUNTUT

KUALA LUMPUR 1 April - Sejumlah RM42 bilion wang tunai dan aset milik individu yang telah meninggal dunia kini masih dalam simpanan Amanah Raya Berhad kerana tidak dituntut oleh waris-waris mereka.

Daripada jumlah itu, RM41 bilion mewakili aset dalam bentuk geran tanah, rumah, bangunan serta saham syarikat dan selebihnya wang tunai.

Pengurus Besar As-Salihin Trustee Berhad (As-Salihin), Jasmin Jamaluddin berkata, wang tunai dan aset itu masih dibekukan sehingga kini kerana tiada waris tampil menuntut hak mereka.

Dalam kes harta orang Islam, katanya, pembekuan harta itu berlaku kerana kebanyakan umat Islam masih kurang berpengetahuan mengenai perancangan dan penulisan wasiat kepada waris.

''Memang betul harta boleh dibahagikan kepada waris menggunakan hukum faraid yang telah ditetapkan oleh Islam.

''Namun, urusan wasiat akan lebih terancang jika individu tersebut menulis wasiat dan tidak timbul pembekuan wang tunai atau aset si mati yang disimpan di dalam bank," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Jasmin berkata, hanya 1,000 orang membuat penulisan wasiat harta atau syarikat kepada As-Salihin sepanjang tahun lalu.

Katanya, masalah timbul jika seseorang individu tidak sempat menulis wasiat dan urusan pembahagian harta lebih rumit jika pewaris tidak mengetahui si mati mempunyai wang tunai atau aset di mana-mana bank. [sumber]
Bila aku baca artikel di atas, rasanya syarikat kami telah menunaikan tanggungjawab dalam menerbitkan buku-buku yang berkaitan dengan faraid. Semasa mula-mula aku mendapat manuskrip dari penulis, aku begitu tertarik dan mengharapkan dapat menyebarkan ilmu mengenai Faraid kepada pembaca . Ini kerana jika kita mengetahui mengenai ilmu faraid, kita belajar serta mengamalkannya, nescaya kita semua boleh mengelakkan dan menyelamatkan diri daripada malapetaka serta fitnah harta.

Harta Pusaka yang bernilai RM 42 Bilion yang belum di tuntut adalah salah satu malapetaka yang menimpa umat islam yang jahil akan hukum ilmu faraid. Bayangkan waris-waris yang sepatutnya layak dan berhak ke atas harta yang ditinggalkan oleh si mati terpaksa berputih mata kerana kurangnya kita mengetahui ilmu faraid.

Kepada pembaca yang ingin mengetahui mengenai ilmu faraid, dapatkan 3 siri buku terbitan syarikat kami yang di tulis oleh Ust Md Ghazali B Ibrahim iaitu:
1. Bahagi Biar adil
2. Urus harta Sebelum Mati
3. Nota Wasiat

Sayangi keluarga serta waris yang anda tinggalkan. Jangan biarkan peristiwa di atas berlaku kepada ANDA.



PENDAPATAN TETAP RM 100/ RM 200/RM 700 SETIAP BULAN.KLIK DI SINI

1 comments

  1. Unknown  

    20/10/15 03:08

    mcm mana nak tahu harta pusaka tu wujud ?



Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates