AKU KE UDARA DI MALAYSIA HARI INI (MHI) TV3

Hari nie hari yang bersejarah bagiku. Aku dijemput sebagai tetamu Malaysia Hari Ini di TV3. Jam 6.45 pagi Aku telah bergerak dari ofis di Wangsa Melawati ke Bangunan TV3 di Sri Pentas. Ini kerana pihak MHI memaklumkan kepada Aku akan ke udara pada jam 7.15 pagi. Alhamdulillah semuanya selamat.

Hee..hee sebenarnya "AKU" yang dimaksudkan adalah syarikat kami Must Read Sdn Bhd dan bukannya aku sendiri. Pihak MHI TV3 telah menjemput bukannya kami, tetapi penulis kami. Hj Mohd Hanif B Hj Ismail sebagai tetamu MHI untuk membincangkan isu semasa mengenai Palestin. Buku beliau yang kami terbitkan berjudul 'BAITUL MAQDIS - KESUCIAN YANG DIPERTAHANKAN' telah dipilih untuk mengisi slot berkaitan isu di Palestin. Tujuan kami datang ke TV3 adalah untuk membawa penulis kami ke studio disana kerana beliau tidak arif untuk datang seorang diri. Jadi kami datang untuk menemaninya. Minta maaf banyak2 dan jangan marah dengan tajuk diatas.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan penulis kami ke udara lebih kurang 20 minit membincangkan isu tersebut yang dihoskan oleh Ahmad fedtri Yahya. Terima kasih kepada pihak TV3 dan MHI kerana memberikan kepercayaan kepada kami.

Ini memberikan semangat dan dorongan kepada kami untuk menerbitkan buku2 yang berkualiti dan memberikan info kepada pembaca. InsyaAllah.

http://kaharhamid.blogspot.com/2009/01/promosi-20-buku-baitul-maqdis.html


.....................................................................................
Yang Akan Menjadi Side Income Saya. Sertai Saya. Klik Banner Di bawah











6 comments

  1. A.Manan  

    12/1/09 07:17

    Syabas. Ada tengok pagi tadi. Hj muda si ahmad fetri gelar kat penulis tu. Bagus la.. dapat peluang mempromosi melalui tv3. Judul buku pun kena dengan isu semasa hangat sekarang ni. Hasil jualan buku ni ada sikit disumbangkan ke Palestin ke?


    Blog sy: http://amananabdullah.blogspot.com

  2. kaharhamid  

    12/1/09 07:52

    terima kasih. sumbangan tak pasti lagi. Cuma sumbangan peribadi dah ditunaikan. Hasrat Must Read supaya umat Islam terutamanya masyarakat Islam di Malaysia mengetahui asal usul bumi yang bernama Palestine. bumi yang didalamnya terdapat Masjid suci no 3 Umat Islam iaitu Baitul Maqdis. Must Read memberikan 20% potongan harga kepada para pembaca yang hendak membeli buku ini.Semoga usaha kecil Must Read ini di berkati Allah. Semoga pembelian dan pembacaan buku ini dapat meningkatkan ketakwaan dan seterusnya membangkitkan semangat untuk menentang musuh islam. Yahudi terlaknat itu.InsyaAllah

  3. abu razeen  

    12/1/09 19:23

    A'kum saya ada tengok semalam, tak perasan pulak ini penulis must read, tapi sheikh tu camera shy sikit la, anyway tahniah, by next time kasi tahu penulis-penulis kita cakap tengok kamera, btw dia tu azharian kan, kim salam pada dia, semangat ya sheikhhh. shoutbox tak idup ke?

  4. kaharhamid  

    19/1/09 05:41

    Terima kasih Abu Razeen. InsyaAllah jika ada rezeki untuk keudara di stesen TV, saya akan nasihatkan penulis kami untuk lebih bersedia. Mungkin pada hari tersebut dia gabra dan ada darah gemuruh sikit, yelah first time.

    Memang penulis tu belajar di Mesir ngan isteri dia.

    terima kasih atas maklum balas saudara

  5. Anonymous  

    25/1/09 02:51

    Tuan yang mulia, saya ada beli buku tu sekejap tadi.
    Alhamdullilah, cetakan buku adalah berkualiti tapi kandungannya sedikit keliru- atau sengaja dikelirukan dengan banyaknya gambar Dome of the Rock berbanding dengan Masjid Aqsa itu sendiri. Ini jelas boleh dilihat di muka 41. Mutu bahasa juga mungkin blh dipertingkatkan.

  6. Pustaka Hanif  

    11/4/09 09:05

    salam,
    t.kasih en . Kahar,promo buku..



Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates