SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRAH

Alhamdulillah, bersyukur aku ke Hadrat Allah SWT kerana hingga saat ini aku masih lagi bernyawa dan dapat melihat, merasai dan menikmati akan Nikmat Kurniaan Allah. Semoga Tahun Hijrah yang baru ini akan menjadikan aku seorang hamba yang semakin dekat pada penciptaNya. InsyaAllah.
Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah juga kepada semua kawan2. Semoga kita akan beroleh manfaat dan iktibar dari kisah Penghijrahan Rasullullah dan Sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Penghijrahan yang telah membawa satu lembaran penting dalam sejarah Islam dan telah membawa kemenangan besar kepada Agama Islam.
Pada tahun baru 1430 Hijrah ini, aku nak menanam azam. Selalunya azam di buat ikut tahun Masihi. Tetapi sebaiknya bagi kita Umat Islam, biarlah azam kita mengikut Tahun Hijrah sempena mengingati dan menghayati akan kesusahan dan kemenangan Rasullullah dan para sahabat sewaktu berhijrah dari Mekah ke Madinah. Semoga peristiwa Hijrah tersebut akan memberi semangat kepada kita untuk bertawakkal kepada Allah dan bekerja dengan gigih agar azam yang di ingini tercapai. InsyaAllah.
InsyaAllah, azam sempena tahun 1430 Hijrah ini aku simpulkan kepada formula 6K. Iaitu:
1. KEROHANIAN
- dapat meningkatkan amalan ibadat. Dapat menyempurnakan sembahyang Fardhu berjamaah sebanyak yang mungkin. (Kedudukan ofis dan rumah berdekatan dengan masjid)
- mempelajari dan banyak membaca buku2 agama. Membaca, mempelajari dan mengamalkan. InsyaAllah.
- menghadiri lebih banyak majlis Ilmu. InsyaAllah.
2. KELUARGA
- Mengeratkan dan lebih berkomunikasi antara isteri, anak2, ibubapa dan keluarga.
3. KEWANGAN
- merancang kewangan dan perbelanjaan dengan lebih berhemah. Sebelum nie tak merancang, main beli je. Sekarang kena lebih berhati-2 dan berjimat memandangkan keadaan ekonomi dan anak2 yang bersekolah.
4. KERJAYA
- memastikan agar kejayaan kerjaya dan keluarga berjalan seiringan.
5. KESIHATAN
- azam aku yang selalu tak berjaya. Bersenam bagi kesihatan dan untuk mengurangkan berat badan. InsyaAllah, akan cuba digagahi untuk berjaya.
- Mendisiplinkan diri minum banyak air masak dan mengurangkan minuman/makanan manis
- Tidur yang cukup dan tak berlebihan. Tidur yang tak cukup dan berlebihan boleh kurangkan produktiviti dan kreativiti berfikir.
6. KEMASYARAKATAN
- meningkatkan penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan persatuan perumahan.
Semoga segala azam dan matlamat yang di catat dapat dibuat dan dilakukan. Penulisan dalam blog ini adalah bagi memastikan aku sentiasa membaca dan mengingati apa azam yang telah dibuat. InsyaAllah, pembacaan berkali-kali akan meningkatkan lagi usaha aku dalam merealisasikan azam yang telah dibuat. Semoga semangat dan roh penghijrahan Nabi kita dapat meresapi dalam jiwa aku dan memberi semangat kepadaku untuk berjaya. Semoga semuanya di berkati Allah. InsyaAllah.

Hati-Hati Membeli Buah Oren Mandarin Berulat

Dah lama sangat tak posting. Sibuk. Walaupun banyak perkara yang boleh dikongsikan di sini. Nantilah, bila semua dah selesai baru akan dituliskan di dalam blog nie.

Aku nak ucap terima kasih pada Junior Teknik aku yang hantar email nie kat aku. Syida. Bila dah terbaca email nie, kena berhati2lah semasa membeli dan yang pentingnya sebelum memakan buah oren yang di beli.

Mengikut berita kerajaan China telah membeli kebanyakkan buah2 oren yang telah di serang oleh ualat2 ini. TETAPi masih ada petani dan pemborong di sana telah menjualnya secara haram. dan kemungkinan buah oren yang telah diserang ulat itu akan berada di pasaran negara kita.

Jadi moralnya berhati2lah. Ada orang cakap tak kisah makan ulat dalam buah sebabnya ulat tu tak kena tanah, jadi tak kotor. Tak tahulah. Tepuk dada Tanya Selera.





kalau anda teliti betul2 gambar di atas akan dapat dilihat ulat dalam buah oren tu.



Ulat buah itu akan jelas kelihatan apabila kita mengupas dan mengeluarkan isi dalamnya. mengikut berita buah oren itu tidak kelihatan cacat bila di lihat dan di pegang dari luar. TETAPI ulat itu hanya boleh dilihat selepas kita mengopek dan mengeluarkan isinya.



Mandarin orange in Sichuan this year was seriously infected by pests, they were maggots-like larva which could be easily seen by naked eyes. But it could not be seen from the oranges' outer layer, it will be only seen if the film of the oranges is peeled (Shown in picture).
Government of China has been intensively buying the infected oranges from farmers with few cents per KG, but there are still some farmers that sold the infected oranges secretly to the market. Please think cautiously when buying mandarin oranges in the market near these few months.

RENUNGAN SEBELUM KEMATIAN

Tazkirah ini ku perolehi dari email yang di hantar kepadaku oleh sahabat lama di Muar, Mahzan Ali. Apabila dibaca telah mendatangkan rasa insaf dalam diri dan membuatkan aku berfikir sejenak, Sudah Bersediakah aku untuk menunggu Saat kematianku?

Semoga tazkirah ini juga dapat memberi manfaat kepada pembaca blog saya dan bersama-sama kita mengubah cara hidup dan sentiasa mengingati akan hari kematian kita. InsyaAllah. Semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Yang Maha Kuasa.

" Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati,akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.

Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya:-

Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih

Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati.

Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as:
"Cubalah kamu pilihkan?"

Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.

Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

InsyaAllah semoga kita boleh mengambil pengajaran atas Tazkirah diatas.

BERGAMBAR DI HADAPAN KAABAH

Assalamualaikum.

Cerita selanjutnya semasa aku dan isteri mengerjakan haji adalah bergambar di hadapan Kaabah. Ada cerita yang aku ingin kongsikan.

Semasa di Masjidil Haram, jemaah tidak dibolehkan membawa sebarang bentuk kamera, video cam ataupun telefon berkamera. Hampir semua pintu masuk ke masjid ada 'Pak Guard' yang akan memeriksa jemaah yang masuk. Tetapi oleh kerana jemaah yang ada berjuta orang, maka 'pak Guard' nie akan memeriksa secara rambang sahaja. Jadi, banyaklah kamera/video cam yang berjaya di bawa masuk oleh para jemaah.

melihat gelagat jemaah2 haji yang mengambil gambar bersama kaabah, membuatkan naluri aku sebagai manusia teringin juga. Lebih-lebih lagi apabila ada kalangan rakan sebilik denganku menunjukkan gambar Kaabah yang mereka ambil.

"Abang rasa nak ambil gambar di hadapan Kaabahlah"ucapku memulakan perbualan dengan isteriku ketika pulang menuju ke Hotel selepas sembahyang Subuh.

"Ambillah" ringkas sahaja jawapan isteriku.

"Takut"balasku

"Kalau macam tu, mohonlah pada Allah, kalau di Izinkan, minta petunjuk" cadang isteriku.

Selepas itu, setiap kali selepas sembahyang dan semasa memandang Kaabah aku berdoa semoga Allah memperkenankan hasratku untuk bergambar di hadapan Kaabah.

pada 14hb Desember 2007 (Jumaat), selepas solat Subuh di tingkat satu (tingkat bawah terlalu padat, kerana waktu ini semua jemaah haji sudah berada di Mekah), aku mengikut orang melakukan Tawaf dan berhenti di hadapan Kaabah (Tingkat satu). Seperti biasa aku mengamalkan bacaan apabila memandang Kaabah dan memohon doa kepada Yang Maha Kuasa. Salah satunya, aku bermohon jika niatku untuk bergambar dihadapan Kaabah di Restui, aku minta diberikan petunjuk. Petunjuk yang aku niatkan adalah, ada orang yang akan memberiku kurma pada hari ini.

Selesai sahaja, jam 7 pg aku mencari isteriku untuk pulang bersarapan bersama dan berehat di Hotel. Jam 9.45pg aku dikejutkan oleh rakan sebilikku, dia kata hari nie sembahyang Jumaat kena pergi cepat, nanti tak dapat masuk masjid. Jemaah ramai.

Aku apa lagi bergegas siap dan jam 10pg aku dah dalam perjalanan ke Masjid. memang betul apa yang dicakapkan, masjid dah penuh. itu pun aku naik tingkat satu. Nak naik Roof Floor tak sanggup pulak, sebabnya tak ada bumbung , panas terik. Aku pun duduklah belakang Pak Arab, bolehlah nak selit kalau masa nak sembahyang. Aku baca Yaasiin. Tgh baca, aku dengar Pak Arab(tak tahu Arab negara mana) kat belakang aku bising2, walaupun tak paham,aku dapat tangkap mereka tak suka aku selit macam tu. sempit. (Agak akulah). Jadi selepas habis membaca Yaasiin, aku pun ikutlah orang Tawaf untuk cari ruang bagi nak solat Jumaat. Ramai sangat jemaah, jem 'bumper to bumper'. Sampai di Rukun Hajarul Aswad (di tingkat satu ada laluan bagi jemaah berkerusi roda) aku pun naik ke atas laluan tersebut. Agak condong laluan tersebut. Jadi kalau sembahyang, aku pun akan condong juga.

Alhamdulillah aku ucapkan kepada Maha Kuasa, hasratku untuk bersembahyang Jumaat mengadap Kaabah dan melihat Imam membaca khutbah diperkenankan. Tetapi sebelum sembahyang, ada Arab mesir yang menyorong ibunya berkerusi roda nak mengambil tempat di sebelah aku. Kesian aku tengok, aku pun tolong dia 'parkingkan kerusi roda maknya'.

selepas selesai sembahyang, aku nak tolong Arab Mesir tu angkat mak dia naik semula atas wheel chair, tapi tak tahu nak cakap macamana (yelah ayam ngan itik mana nak paham). Tiba2 dia hulurkan kurma kat aku. SUBHANAALAH, ALHAMDULILLAH. Macam tak percaya. Ingat pagi tadi mohon pada Allah di berikan petunjuk, jika hasratku untuk bergambar di hadapan Kaabah di perkenankan, ada seseorang memberiku KURMA. syukur aku panjatkan kepada Yang maha Kuasa.

itu antara peristiwa yang berlaku kepada saya. Aku benar2 bersyukur. Sesungguhnya Allah itu Maha pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aminn

# Aku hanya mengambil gambar di hadapan Kaabah hanya selepas mengerjakan Rukun2 dan wajib2 haji.
#Aku tak uploadkan gambar ku di hadapan kaabah, kerana niatku hanya untuk simpanan peribadi.
#Aku hanya mengambil 6 keping sahaja gambar kaabah. tak mahu ambil banyak2, sebabnya aku nak pergi lagi ke Baitullah. Moga2 niatku di dimakbulkan. InsyaAllah.

BAHAGI BIAR ADIL


Buku keluaran kami untuk bulan ini. Secara umumnya, aku memang suka tajuk dan kandungannya. Buku ini mengupas secara mudah tentang Ilmu Faraid, juga pesanan Nabi kita bahawa Ilmu Faraid merupakan Ilmu yang sering dilupakan dan Ilmu yang mula2 sekali akan dicabut dari Umatnya. Buku ini juga memaparkan beberapa kes perebutan harta pusaka yang masih belum selesai.

Sinopsis buku:

HARGA : SEM MALAYSIA RM 18.00
SABAH & SARAWAK RM 21.00

Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus, membahagi dan merancang harta pusaka.

Sesungguhnya terlalu ramai umat Islam hari ini mengabaikan Ilmu Faraid. Ramai yang menganggap ianya remeh. Yang kemudian bila berlau kematian, akhirnya membahagi harta mengikut:

1. Suka Hati
2. Siapa besar dia dapat banyak
3. Siapa cepat dia dapat
4. Siapa yang paling akhir duduk dengan arwah ayah berhak dapat
5. dan seumpamanya

Sedangkan Islam adalah agama yang sempurna, kerana Islam telah mengajar kita:

1. Cara untuk mencari serta mengumpul harta semasa hidup di dunia
2. Cara bagaimana untuk menggunakan harta yang ada untuk keperluan hidup di dunia
(nafkah keluarga, zakat, sedekah dan lain-lain)
3. Cara untuk mempusakakan harta kepada waris-waris selepas kita meninggal dunia iaitu melalui ilmu pewarisan (Ilmu Faraid)

Buku ini berguna bagi sesiapa dari kalangan Umat Islam yang menghadapi masalah harta pusaka. Juga bagi Umat Islam yang ingin menambahkan pengetahuannya dalam Ilmu Faraid. Semoga Ilmu buku ini sedikit sebanyak dapat mengajar dan memimpin Umat Islam ke jalan yang diberkati-Nya.

Aku Mencari Penulis Buku

Assalamualaikum..

Berita baik kepada semua penulis2. Saya memerlukan penulis2 berbakat (samada yang mempunyai manuskrip @ tiada) untuk menghantar manuskrip mereka kepada saya (sebelum itu kami akan membuat penilaian). Jika sesuai manuskrip tersebut akan dijadikan buku untuk diterbitkan dan di pasarkan diseluruh malaysia.

Syarikat kami adalah:

MUST READ SDN BHD
35 JALAN WANGSA SETIA 3
WANGSA MELAWATI
53300 KUALA LUMPUR
TEL : 03-4142 0611
FAX : 03-4142 0612
Email : mustread_sb@yahoo.com

Jika ingin melihat buku2 yang telah diterbitkan klik sini ..Buku2 MustRead..

Pakej yang menarik di tawarkan jika karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh syarikat kami.

CEPAT JANGAN LEPASKAN PELUANG INI....

PANGGILAN ILAHI

ALLAHUAKBAR

Pejam Celik, Pejam Celik tak terasa masa berlalu. Aku baca surat khabar Metro terbaca artikel 'Penerbangan Pertama Jemaah haji 1429H' berlepas pada 30hb Okt 2008 (Khamis). Dah hampir setahun rupanya aku mengerjakan Haji. Tapi kenangan dan suasana semasa mengerjakan haji bersama isteriku masih lagi kuat dan mekar dalam ingatan aku. Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Yang maha Esa, kerana aku dan isteri terpilih sebagai tetamunya.

Ramai sebenarnya dari kalangan saudara mara dan kawan2 yang lebih berumur dari kami menanyakan kepada kami, "macammana korang boleh dapat tawaran cepat?", "Guna kabel ker?". kami hanya tersenyum saja. Yelah, kebanyakkan dari mereka mengetahui bahawa aku nie anak sedara salah seorang Exco Negeri Johor. Kami tersenyum saja, Jawapan kami mudah. Kami telah mendaftar diri dengan tabung haji pada tahun 2002 lagi, selepas 2 bulan aku dan isteri bernikah. Aku maklumkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk mengerjakan haji bagi Tahun 2006/1427H, tetapi terpaksa di tolak kerana aku diarahkan untuk pergi ke Tripoli Libya untuk bertugas disana.

Mungkin telah tersurat dan juga rezeki kami, menerima tawaran sekali lagi pada 2007/1428H. Kali nie hasil perbincangan, kami menerima. Tetapi ada masalah lagi, bini akau mengandung anak ke-3. Jangkaan akan bersalin bulan 9, dan penerbangan pertama ke Tanah suci pada awal bulan Nov. Ini bermakna isteriku habis pantang, dah kena bersiap ke tanah suci. Satu cabaran dan dugaan bagi kami. Tapi kami tetapkan semangat dan perbincangan dengan keluarga, mereka merestui kami dan berjanji akan menjaga anak2 kami. Sukar untuk kami gambar dan bayangkan, kalau kami pergi ke mengerjakan Haji, kami akan meninggalkan 3 orang anak yang pada ketika itu berumur 4 thn, 2 tahun dan 2 bulan.

Tapi Maha Suci Tuhan, Yang Maha Berkuasa setiap niat baik hamba-Nya pasti akan diRestui. Kami berdoa dan memohon supaya perjalanan kami dan anak2 kami semuanya selamat. Maka pada tanggal 2hb disember 2007, jam 3.15pm kami berangkat ke Tanah Suci Mekah melalui Lapangan Terbang Senai. Alhamdullillah tempoh 45 hari disana, keadaan kami serta anak2 kami semua selamatdan kami selamat pulang pada 15hb Januari 2008. Syukur Alhamdullillah.

#aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman2 aku disana. Tunggu posting selanjutnya.



Background bukit di belakang tu, adalah gua Hira' (tak nampak) sebabnya bukit terlalu tinggi. Tak dapat dibayangkan, keadaan Nabi berkhalwat di Gua Hira' dari Kota Mekah. Jauh betul dengan keadaan cuaca dan struktur bumi yang bergunung ganang. SubhanaAllah.

Getah Ikat Rambut Dari Kondom Terpakai?!

TAHUKAH ANDA APA BENDA INI DAN APA DISEBALIKNYA?

Aku ambil isu nie dari abang saya, rasanya perkara nie perlu diambil perhatian oleh kaum wanita. (kaum bapa selalunya tak ambil port sangat). Yelah, kita kadang2 selalu menasihati anak2 gadis kecil kita yang berambut panjang, agar mengikat rambut untuk kelihatan kemas. Tetapi kita tak penah nak ambil tahu, bahan2 yang digunakan oleh anak2 kita untuk mengikat rambut nie.

Harap2 dengan pendedahan ini, terbukak sikit minda dan mata kita. Bila nak beli barang walaupun hanya getah ikat rambut, supaya berfikir selamat atau tidak, jangan pilih janji murah jer..Ini termasuk jugalah aku.







BEIJING
(AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday .

In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in

local markets and be au ty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.

'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well ..... threatening the health of local people,'
it said. Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.

'People could be infected with AIDS, (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or
strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist
who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just 25 s
en (three cents), much cheaper than others on the market,accounting for their popularity, the paper said.

A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry
has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made
for both domestic and foreign markets.

In response, it l au nched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen
monitoring systems.

_.___


Check your kids hair bands and make sure they do not put them in their
mouth while trying to plait or tie their hair.

# Moral of the story: Selidik nak beli hair bands, kalau anak2 kita yang kecik main masuk dalam mulut..eeeeiik













ANAK2 KESAYANGAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-MAAF ZAHIR & BATIN

Aku Cemburu!!

Salam..

Bukannya cemburu apa. Aku cuma jeles tengok abang aku, dan ramai kawan2 yang dah ada blog sendiri. Aku dah lama nak buat yang serius, tapi mungkin kerana kekangan masa dan kesempatan membuatkan usaha murni nie terbantut..

Jadi aku pun nak mencuba sekali lagi. Harap2 dapat mengekalkan momentum dan disiplin diri supaya dapat terus menulis dalam blog nie. Harap2 banyak idea dan isu2 semasa yang dapat aku kongsikan bersama.



Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates