PANGGILAN ILAHI

ALLAHUAKBAR

Pejam Celik, Pejam Celik tak terasa masa berlalu. Aku baca surat khabar Metro terbaca artikel 'Penerbangan Pertama Jemaah haji 1429H' berlepas pada 30hb Okt 2008 (Khamis). Dah hampir setahun rupanya aku mengerjakan Haji. Tapi kenangan dan suasana semasa mengerjakan haji bersama isteriku masih lagi kuat dan mekar dalam ingatan aku. Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Yang maha Esa, kerana aku dan isteri terpilih sebagai tetamunya.

Ramai sebenarnya dari kalangan saudara mara dan kawan2 yang lebih berumur dari kami menanyakan kepada kami, "macammana korang boleh dapat tawaran cepat?", "Guna kabel ker?". kami hanya tersenyum saja. Yelah, kebanyakkan dari mereka mengetahui bahawa aku nie anak sedara salah seorang Exco Negeri Johor. Kami tersenyum saja, Jawapan kami mudah. Kami telah mendaftar diri dengan tabung haji pada tahun 2002 lagi, selepas 2 bulan aku dan isteri bernikah. Aku maklumkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk mengerjakan haji bagi Tahun 2006/1427H, tetapi terpaksa di tolak kerana aku diarahkan untuk pergi ke Tripoli Libya untuk bertugas disana.

Mungkin telah tersurat dan juga rezeki kami, menerima tawaran sekali lagi pada 2007/1428H. Kali nie hasil perbincangan, kami menerima. Tetapi ada masalah lagi, bini akau mengandung anak ke-3. Jangkaan akan bersalin bulan 9, dan penerbangan pertama ke Tanah suci pada awal bulan Nov. Ini bermakna isteriku habis pantang, dah kena bersiap ke tanah suci. Satu cabaran dan dugaan bagi kami. Tapi kami tetapkan semangat dan perbincangan dengan keluarga, mereka merestui kami dan berjanji akan menjaga anak2 kami. Sukar untuk kami gambar dan bayangkan, kalau kami pergi ke mengerjakan Haji, kami akan meninggalkan 3 orang anak yang pada ketika itu berumur 4 thn, 2 tahun dan 2 bulan.

Tapi Maha Suci Tuhan, Yang Maha Berkuasa setiap niat baik hamba-Nya pasti akan diRestui. Kami berdoa dan memohon supaya perjalanan kami dan anak2 kami semuanya selamat. Maka pada tanggal 2hb disember 2007, jam 3.15pm kami berangkat ke Tanah Suci Mekah melalui Lapangan Terbang Senai. Alhamdullillah tempoh 45 hari disana, keadaan kami serta anak2 kami semua selamatdan kami selamat pulang pada 15hb Januari 2008. Syukur Alhamdullillah.

#aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman2 aku disana. Tunggu posting selanjutnya.



Background bukit di belakang tu, adalah gua Hira' (tak nampak) sebabnya bukit terlalu tinggi. Tak dapat dibayangkan, keadaan Nabi berkhalwat di Gua Hira' dari Kota Mekah. Jauh betul dengan keadaan cuaca dan struktur bumi yang bergunung ganang. SubhanaAllah.

0 comments



Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates