BERGAMBAR DI HADAPAN KAABAH

Assalamualaikum.

Cerita selanjutnya semasa aku dan isteri mengerjakan haji adalah bergambar di hadapan Kaabah. Ada cerita yang aku ingin kongsikan.

Semasa di Masjidil Haram, jemaah tidak dibolehkan membawa sebarang bentuk kamera, video cam ataupun telefon berkamera. Hampir semua pintu masuk ke masjid ada 'Pak Guard' yang akan memeriksa jemaah yang masuk. Tetapi oleh kerana jemaah yang ada berjuta orang, maka 'pak Guard' nie akan memeriksa secara rambang sahaja. Jadi, banyaklah kamera/video cam yang berjaya di bawa masuk oleh para jemaah.

melihat gelagat jemaah2 haji yang mengambil gambar bersama kaabah, membuatkan naluri aku sebagai manusia teringin juga. Lebih-lebih lagi apabila ada kalangan rakan sebilik denganku menunjukkan gambar Kaabah yang mereka ambil.

"Abang rasa nak ambil gambar di hadapan Kaabahlah"ucapku memulakan perbualan dengan isteriku ketika pulang menuju ke Hotel selepas sembahyang Subuh.

"Ambillah" ringkas sahaja jawapan isteriku.

"Takut"balasku

"Kalau macam tu, mohonlah pada Allah, kalau di Izinkan, minta petunjuk" cadang isteriku.

Selepas itu, setiap kali selepas sembahyang dan semasa memandang Kaabah aku berdoa semoga Allah memperkenankan hasratku untuk bergambar di hadapan Kaabah.

pada 14hb Desember 2007 (Jumaat), selepas solat Subuh di tingkat satu (tingkat bawah terlalu padat, kerana waktu ini semua jemaah haji sudah berada di Mekah), aku mengikut orang melakukan Tawaf dan berhenti di hadapan Kaabah (Tingkat satu). Seperti biasa aku mengamalkan bacaan apabila memandang Kaabah dan memohon doa kepada Yang Maha Kuasa. Salah satunya, aku bermohon jika niatku untuk bergambar dihadapan Kaabah di Restui, aku minta diberikan petunjuk. Petunjuk yang aku niatkan adalah, ada orang yang akan memberiku kurma pada hari ini.

Selesai sahaja, jam 7 pg aku mencari isteriku untuk pulang bersarapan bersama dan berehat di Hotel. Jam 9.45pg aku dikejutkan oleh rakan sebilikku, dia kata hari nie sembahyang Jumaat kena pergi cepat, nanti tak dapat masuk masjid. Jemaah ramai.

Aku apa lagi bergegas siap dan jam 10pg aku dah dalam perjalanan ke Masjid. memang betul apa yang dicakapkan, masjid dah penuh. itu pun aku naik tingkat satu. Nak naik Roof Floor tak sanggup pulak, sebabnya tak ada bumbung , panas terik. Aku pun duduklah belakang Pak Arab, bolehlah nak selit kalau masa nak sembahyang. Aku baca Yaasiin. Tgh baca, aku dengar Pak Arab(tak tahu Arab negara mana) kat belakang aku bising2, walaupun tak paham,aku dapat tangkap mereka tak suka aku selit macam tu. sempit. (Agak akulah). Jadi selepas habis membaca Yaasiin, aku pun ikutlah orang Tawaf untuk cari ruang bagi nak solat Jumaat. Ramai sangat jemaah, jem 'bumper to bumper'. Sampai di Rukun Hajarul Aswad (di tingkat satu ada laluan bagi jemaah berkerusi roda) aku pun naik ke atas laluan tersebut. Agak condong laluan tersebut. Jadi kalau sembahyang, aku pun akan condong juga.

Alhamdulillah aku ucapkan kepada Maha Kuasa, hasratku untuk bersembahyang Jumaat mengadap Kaabah dan melihat Imam membaca khutbah diperkenankan. Tetapi sebelum sembahyang, ada Arab mesir yang menyorong ibunya berkerusi roda nak mengambil tempat di sebelah aku. Kesian aku tengok, aku pun tolong dia 'parkingkan kerusi roda maknya'.

selepas selesai sembahyang, aku nak tolong Arab Mesir tu angkat mak dia naik semula atas wheel chair, tapi tak tahu nak cakap macamana (yelah ayam ngan itik mana nak paham). Tiba2 dia hulurkan kurma kat aku. SUBHANAALAH, ALHAMDULILLAH. Macam tak percaya. Ingat pagi tadi mohon pada Allah di berikan petunjuk, jika hasratku untuk bergambar di hadapan Kaabah di perkenankan, ada seseorang memberiku KURMA. syukur aku panjatkan kepada Yang maha Kuasa.

itu antara peristiwa yang berlaku kepada saya. Aku benar2 bersyukur. Sesungguhnya Allah itu Maha pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aminn

# Aku hanya mengambil gambar di hadapan Kaabah hanya selepas mengerjakan Rukun2 dan wajib2 haji.
#Aku tak uploadkan gambar ku di hadapan kaabah, kerana niatku hanya untuk simpanan peribadi.
#Aku hanya mengambil 6 keping sahaja gambar kaabah. tak mahu ambil banyak2, sebabnya aku nak pergi lagi ke Baitullah. Moga2 niatku di dimakbulkan. InsyaAllah.

0 comments



Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates