SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRAH

Alhamdulillah, bersyukur aku ke Hadrat Allah SWT kerana hingga saat ini aku masih lagi bernyawa dan dapat melihat, merasai dan menikmati akan Nikmat Kurniaan Allah. Semoga Tahun Hijrah yang baru ini akan menjadikan aku seorang hamba yang semakin dekat pada penciptaNya. InsyaAllah.
Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah juga kepada semua kawan2. Semoga kita akan beroleh manfaat dan iktibar dari kisah Penghijrahan Rasullullah dan Sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Penghijrahan yang telah membawa satu lembaran penting dalam sejarah Islam dan telah membawa kemenangan besar kepada Agama Islam.
Pada tahun baru 1430 Hijrah ini, aku nak menanam azam. Selalunya azam di buat ikut tahun Masihi. Tetapi sebaiknya bagi kita Umat Islam, biarlah azam kita mengikut Tahun Hijrah sempena mengingati dan menghayati akan kesusahan dan kemenangan Rasullullah dan para sahabat sewaktu berhijrah dari Mekah ke Madinah. Semoga peristiwa Hijrah tersebut akan memberi semangat kepada kita untuk bertawakkal kepada Allah dan bekerja dengan gigih agar azam yang di ingini tercapai. InsyaAllah.
InsyaAllah, azam sempena tahun 1430 Hijrah ini aku simpulkan kepada formula 6K. Iaitu:
1. KEROHANIAN
- dapat meningkatkan amalan ibadat. Dapat menyempurnakan sembahyang Fardhu berjamaah sebanyak yang mungkin. (Kedudukan ofis dan rumah berdekatan dengan masjid)
- mempelajari dan banyak membaca buku2 agama. Membaca, mempelajari dan mengamalkan. InsyaAllah.
- menghadiri lebih banyak majlis Ilmu. InsyaAllah.
2. KELUARGA
- Mengeratkan dan lebih berkomunikasi antara isteri, anak2, ibubapa dan keluarga.
3. KEWANGAN
- merancang kewangan dan perbelanjaan dengan lebih berhemah. Sebelum nie tak merancang, main beli je. Sekarang kena lebih berhati-2 dan berjimat memandangkan keadaan ekonomi dan anak2 yang bersekolah.
4. KERJAYA
- memastikan agar kejayaan kerjaya dan keluarga berjalan seiringan.
5. KESIHATAN
- azam aku yang selalu tak berjaya. Bersenam bagi kesihatan dan untuk mengurangkan berat badan. InsyaAllah, akan cuba digagahi untuk berjaya.
- Mendisiplinkan diri minum banyak air masak dan mengurangkan minuman/makanan manis
- Tidur yang cukup dan tak berlebihan. Tidur yang tak cukup dan berlebihan boleh kurangkan produktiviti dan kreativiti berfikir.
6. KEMASYARAKATAN
- meningkatkan penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan persatuan perumahan.
Semoga segala azam dan matlamat yang di catat dapat dibuat dan dilakukan. Penulisan dalam blog ini adalah bagi memastikan aku sentiasa membaca dan mengingati apa azam yang telah dibuat. InsyaAllah, pembacaan berkali-kali akan meningkatkan lagi usaha aku dalam merealisasikan azam yang telah dibuat. Semoga semangat dan roh penghijrahan Nabi kita dapat meresapi dalam jiwa aku dan memberi semangat kepadaku untuk berjaya. Semoga semuanya di berkati Allah. InsyaAllah.

0 comments



Recent Entries

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates