KOTA BHARU 17 Mac - Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac 2009.
Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu...Berita selanjutnya pada Utusan Malaysia Rabu 18 Mac 2009 m/s 15.
Kalau YAB Tun Mahathir berhubung dengan rakyat melalui blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/, sekarang bakal Perdana Menteri kita, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak pun dah join dunia
Bagus gak la pemimpin-pemimpin kita hari ini memanfaatkan teknologi terkini merapatkan jurang komunikasi dengan rakyat. Tak kisahlah walau apa pun fahaman politik mereka . Setidak-tidak rakyat boleh menilai dan berfikir mengenai kemelut politik tanah air. Kalau dulu nak sampaikan mesej pada pemimpin tertinggi negara kena lalu berperingkat2 protokol, tapi sekarang boleh sampaikan secara terus je.
Apa-apa pun anda semua tunggulah sehingga tarikh 26 Mac 2009 bagi pelancaran blog Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Bagi blog Dr mahathir dan bakal Perdana Menteri , DS Najib boleh layari laman web beliau dan respon kepadanya. Jangan malu-malu ttthehe...











0 comments
Post a Comment